Thursday, 13 December 2012

PruBSN Takafulink



Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga yang berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan perlindungan dan pelaburan setiap peringkat umur.Ia dirangka dengam matlamat untuk menangani keadaan - keadaan yang tidak menentu dalam hidup anda dengan memberi fleksibiliti kepada anda untuk mengawal hidup anda sepenuhnya. Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas.


1- Kematian

Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu. Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.2- Lumpuh Kekal Keseluruhan

Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.


Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.


Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan3- Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)

Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan ( rujuk manfaat medical card)
Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.
Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.4- Crisis Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal)

Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya kita mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.5- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)

Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan(PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.
6- Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)

Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku, sekiranya tidak masuk wad. Sekiranya anda mendapatkan rawatan di klinik biasa pun, anda boleh claim kos rawatan tersebut dengan syarat rawatan tersebut adalah disebabkan oleh KEMALANGAN, dan bukannya penyakit.
Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.
Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan dalam manfaat ini akan membayar balik 100%, tiada dikenakan ko-takaful.7- Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)

Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'. Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).
8- Kad Perubatan (Medical Card)

Medical Card PruBSN Takaful atau Takaful Health adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan. Antara kelebihan Takaful Health adalah seperti berikut :

Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 80 tahun yang tinggi
Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).
Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
Penjagaan jururawat di rumah
Pembedahan balik hari (Day Surgery)
Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
Rawatan Dialisis buah pinggang
Rawatan Kanser
Jaminan pembaharuan sehingga umur 80 tahun
Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
Faedah NCB : No Claim Bonus kepada sesiapa yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun itu. Bonus akan dikreditkan dalam akaun pelaburan pemegang polisi pada tahun berikutnya.
Anda boleh buat pilihan untuk mengenepikan had tahunan...terus claim ikut had seumur hidup, jika memilih annual limit waiver. Jadi, kalau ada claim yang besar2....tidak perlu risau mengenai lebihan bil disebabkan had tahunan yang terhad.

Sila lihat jadual dibawah untuk senarai manfaat Takaful Health (TH)



Penerangan mengenai NCB :
NCB atau No Claim Bonus adalah merupakan salah satu keistimewaan plan Medical Card Takaful Health.
NCB akan diberikan kepada client-client yang tidak membuat tuntutan/claim daripada manfaat medical card (Takaful Health) pada tahun semasa. Sebagai Contoh : Client mengambil plan TH 200. Pada tahun 2009, beliau tidak pernah membuat tuntutan langsung daripada manfaat medical card. Jadi, NCB sebanyak RM 300 (lihat jadual di atas)...akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client pada tahun 2010. Pada tahun 2010 pun client masih tak buat sebarang tuntutan, dan client akan mendapat RM 300 NCB (dikreditkan dalam akaun pelaburan client) pada tahun 2011.

Akan tetapi, sekiranya client ada membuat tuntutan pada tahun 2011, client tidak akan menerima sebarang bonus pada tahun berikutnya iaitu pada 2012. Kemudian, pada tahun 2012, client tidak membuat sebarang tuntutan, RM 300 akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client pada tahun 2013. dan begitulah seterusnya.
Plan yang amak unik dan istimewa. Medical card Takaful pertama yang menawarkan NCB di Malaysia. Dapatkan maklumat mengenainya sekarang.Hubungi saya : 019-2853910 (Mardiyah).
Perhatian :
Manfaat Takaful Health (TH) ini tertakluk kepada syarat dan terma ko-takafuliaitu :
Ko-Takaful sebanyak 10% (minimum RM 300 dan maksimum RM 1,000) untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan (In Hospitalisation; Surgical), KECUALI untuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian tiada ko-takaful di kenakan. Maknanya, PruBSN akan membayar 100% kos bilik mengikut pelan yang diambil.
Ringkasan ko-takaful untuk in-hospitalisation(300>= ko-takaful :10% <=1000)
Contoh 1 : Jumlah Bil RM 2,000 : 10% Ko-Takaful = RM 200. Oleh kerana minimum Ko-Takaful RM 300, klien perlu bayar RM 300 kepada hospital, manakala PruBSN akan bayar selebih RM1,700.
Contoh 2 : Jumlah Bil RM 5,000 : 10% Ko-Takaful = RM 500. Klien perlu bayar ko-takaful RM500 kepada hospital, kerana nilainya antara 300 hingga 1000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 4,500.
Contoh 3 : Jumlah Bil RM 30,000 : 10% ko-Takaful = RM3,000. Klien hanya perlu membayar RM1,000 disebabkan had maksimum adalah RM1,000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 29,000.
Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk mengambil pelan yang komprehensif iaitu dengan memasukkan Manfaat Elaun Hospital (Hospital Benefit) dan Manfaat Elaun ICU & Bedah (Medical Cover). Manfaat ini akan membantu anda untuk menampung kos ko-takaful di atas. Untuk maklumat lanjut atau penerangan yang lebih jelas, anda bolehhubungi saya di Tg. Hanif >017-9666635

Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil yang dikenakan sahaja. Tidak tertakluk kepada had minimum dan had maksimum. Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke PruBSN. Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.
Apakah Pengecualiannya?
Pengecualian yang biasa ialah:
  • Kecederaan diri yang disengajakan.
  • Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
  • Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.
  • Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.
  • Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).
  • Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fi zikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.
  • AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.
  • Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.
  • Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.
  • Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.
  • Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.
Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.
Penyakit-penyakit tertentu berikut bagi 120 hari pertama perlindungan. Sila rujuk senarai penyakit spesifik seperti di bawah.
  • Hypertensi, Diabetes Melitus, Penyakit Kardiovaskular 
  • Semua jenis tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing atau sistem biliari.
  • Semua jenis penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
  • Hernia (angin pasang), Hemoroid (buasir), fistule, hidrocele dan varicocele
  • Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan
  • Gangguan spina vertebro (termasuk disk) dan penyakit lutut. 
  • Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sediawujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa membuat permohonan takaful.
  • Jika anda menerima rawatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari bagi setiap perlajanan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya: Tg. Hanif > 017-9666635

Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
  • Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-10)
  • Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
  • Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)
  • Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
  • 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
  • Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :

Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500

Elaun Bedah-Maximum RM12,500 setahun
10- Elaun Hospital (Hospital Benefit)


Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.


Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.


Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.

Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.

Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bill atau resit asal. Bil hospital akan dibayar melalui Medical Card dan elaun hospital akan diberikan kepada klien selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.

Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.


Hospital - semua jenis (swasta atau kerajaan)11- Elaun Lumpuh (Disability Provider)

Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.12- Khairat Kematian


Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.
13- Premium Percuma (Contributor Benefit)

Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya klien disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor14- Pulangan Pelaburan

Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
Sekiranya anda ingin mendapat kan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

No comments:

Post a Comment