Thursday, 13 December 2012

PruBSN SmartLink

PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda. Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart.


Dengan sumbangan minimum berjumlah RM50 * sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda yang berumur di antara 1 hingga 18 tahun. PruBSN SmartLink adalah fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun.


* Premium serendah RM 50 sebulan atau lebih mengikut umur dan status perkerjaan anda.







Senarai manfaat dan penerangan...


1- Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan
Sekiranya berlaku kematian kepada anak, pampasan akan diberikan berdasarkan tahun penyertaan.

Umur pada tarikh akan datang

1 Tahun : 20% daripada jumlah perlindungan (sum covered)
2 Tahun : 49%
3 Tahun : 60%
4 Tahun : 80%
5 Tahun dan ke atas : 100%

Sebab kematian terdiri kematian biasa

2- 36 Jenis Penyakit Kritikal (senarai penyakit kritikal )

  • Sekiranya anak mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus (lump sum).
  • Segala kos rawatan perubatan akan ditanggung oleh kad perubatan MMC (rujuk manfaat medical card)
  • Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur anak mencapai 25 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik. Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

3- Kemalangan (Mati atau Lumpuh)

  • Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. 
  • Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1).
  • Sekiranya anak meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
  • Sekiranya anak mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
  • Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah buat tuntutan sehingga habis manfaat ini pada tahun tersebut, jumlah yang dilindungi akan menjadi 100% semula. 
  •  Akan tetapi sekiranya tuntutan 100% dilakukan pada tahun itu, untuk tuntutan manfaat ini pada tahun yang sama tidak dibenarkan. Manfaat ini diperbaharui mengikut tahun polisi.
4-TAKAFUL HEALTH 2 
  • Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia. Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
  • Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Sila refer medical card)
  • Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

5- Elaun Hospital
  • Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
  • Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. 
  • Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda.
  • Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bil atau resit asal.

6- Elaun ICU
  • Elaun tambahan akan diberikan disepanjang tempoh klien berada dalam ICU.
7- Elaun Bedah
  • Elaun Bedah akan diberikan sekiranya klien menjalani procedure pembedahan. Sila rujuk Jadual Manfaat Elaun Pembedahan.
8- Elaun Lumpuh
  • Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable)
9- Khairat Kematian
  • Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. - Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut 
10- Premium Percuma
  • Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya Anak disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal, Pembayar meninggal dunia
  • Pembayar lumpuh kekal keseluruhan (TPD), Pembayar mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
  • Semua manfaat lain dalam plan ini berkekalan sehingga tamat tempoh polisi iaitu pada umur anak 25 tahun.
11- Pulangan Pelaburan
  • Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. 
  • Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk tujuan pembelajaran anak dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
  • Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
  • Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.
12- Takaful Saver
  • Manfaat tambahan untuk memaksimumkan simpanan pendidikan untuk anak anda. Sila rujuk Takaful Saver
  • * Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk Plan ini.
  • *Sumbangan bulanan minimum adalah RM100. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut:
1. Jantina
2. Tarikh Lahir
3. Berat & Tinggi
4. Pekerjaan
5. Status Merokok
6. Bajet caruman bulanan


Perkara diatas hanya lah ilustrasi..keterangan terperinci sila hubungi mardiyah ditalian 019-2853910 atau e-mail mardiyah79@gmail.com
Pru BSN Takaful baru sahaja melancar produk baru untuk mommies and anak dalam perut since 20 weeks lagi..... manfaat tambahan tue namer nyer Vital care, baby care dan manfaat Xtra.


1. VITAL CARE
  • Penyakit dilindungi bagi kanak-kanak
1. Penyakit Lelah yang teruk
2. Epilepsi yang teruk
3. Glomerulonefritis dengan Sindrom Nefritik
4. Leukemia
5. Penyakit Kawasaki dengan Komplikasi Jantung
6. Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin Melitus
7. Demam Reumatik dengan Ketidaksempurnaan Injap
8. Artritis Reumatoid Juvenil yang teruk
9. Trauma kepala major.
  • Vital Care membayar manfaat sekiranya orang yang dilindungi didiagnosis penyakit yang dilindungi bagi kanak-kanak sebelum umur 25. Ianya dibayar sebagai tambahan dari jumlah perlindungan asas
  • peserta perlu menunggu 60 hari selepas polisi diluluskan.. lepas tue baru boleh tuntut pampasan ini.
  • Tiada manfaat akan dibayar:
Jika anda mengalami simptom-simptom penyakit dilindungi bagi kanak-kanak sebelum atau di dalam tempoh menunggu 60 hari daripada tarikh permulaan sijil.
Sekiranya anda didiagnosis menghidapi penyakit dilindungi bagi kanak-kanak yang:

a) timbul secara langsung atau tidak langsung daripada Keadaan Sedia Ada yang ditakrifkan sebagai hilang upaya orang yang dilindungi yang diketahui sewajarnya oleh peserta dan wujud sebelum tarikh permulaan pelan; atau
b) disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV); atau
c) merupakan sebarang penyakit yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan sebarang Keadaan Sejak Lahir atau penyakit keturunan sebelum Orang yang Dilindungi mencapai enam (6) tahun; atau
d) kecederaan yang dilakukan sendiri ke atas diri semasa waras atau tidak waras; atau e) trauma kelahiran dan / atau komplikasi dari sisanya; atau
f) merupakan akibat daripada menggunakan dadah yang tidak dipreskripsikan, di mana mengikut undang-undang dadah tersebut perlu dipreskripsikan oleh doktor.

2. Manfaat Xtra

a) Manfaat khairat kematian
- Sekiranya berlaku kematian ibu kepada orang yang
dilindungi dalam 20 minggu mengandung sehingga 60 hari selepas kelahiran, khairat kematian sebanyak RM5,000 akan dibayar.

b) Manfaat Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Unit Pergantungan
Tinggi (HDU)
- Sekiranya orang yang dilindungi dimasukkan ke ICU atau HDU serta merta selepas kelahiran disebabkan kelahiran pra-matang (dilahirkan sebelum minggu ke- 36), manfaat ini membayar balik caj ICU atau HDU harian sehingga manfaat maksimum sebanyak RM300 sehari, selama 30 hari secara maksimum. Amaun maksimum sebanyak RM300 sehari adalah termasuk Manfaat Inkubasi (jika ada).

c)Manfaat Inkubasi
- Sekiranya orang yang dilindungi diinkubasi selama sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut dalam 60 hari dari hari kelahiran, manfaat ini akan membayar balik caj inkubasi sehingga RM100 sehari secara maksimum.

PENGECUALIAN
  • Sebarang rawatan atau pembedahan bagi keadaan sejak lahir termasuk keadaan yang disebabkan oleh keturunan.
  • Perbuatan secara sengaja seperti mengambil dadah, racunatau minuman keras yang memabukkan, bunuh diri ataupercubaan membunuh diri waras atau kecederaan ke atas diri sendiri yang disengajakan semasa waras atau tidak.
  • AIDS, kompleks berkaitan AIDS atau jangkitan oleh HIV.
  • Penggunaan dadah yang tidak dipreskripsikan, di mana mengikut undang-undang dadah tersebut perlu dipreskripsikan oleh doktor.
  • Memilih untuk menamatkan kehamilan selain daripada atassebab-sebab perubatan seperti yang dinasihatkan olehPerunding Obstetrik dan Sakit Puan.
  • Sebarang rawatan kesuburan dan komplikasi yang mungkin timbul daripada rawatan tersebut.
  • Sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang, perbuatan jenayah atau perbuatan secara sengaja atau kegagalan untuk bertindak. Peperangan, rusuhan atau revolusiatau sebarang peristiwa seumpamanya atau mengambilbahagian dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
3. BABY CARE

Baby Care membayar manfaat-manfaat berikut sebelum umur 46, untuk beberapa kelahiran:
  • Manfaat khairat kematian sebanyak RM2,000 sekiranya berlaku kematian fetus dari 20 minggu mengandung sehingga kelahiran dan kematian anak dalam 2 tahun daripada hari kelahiran.
  • Manfaat Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Unit Pergantungan Tinggi (HDU) secara bayaran balik sehingga maksimum RM300 sehari bagi maksimum 30 hari. sekiranya bayi dimasukkan ke ICU atau HDU serta merta selepas kelahiran disebabkan kelahiran pra- matang (dilahirkan sebelum 36 minggu). Amaun maksimum sebanyak RM300 sehari adalah termasuk Manfaat Inkubasi (jika ada).
  •  Manfaat inkubasi secara bayaran balik sehingga maksimimum RM100 sehari jika bayi diinkubasi sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut dalam 60 hari selepas kelahiran.
  • Bonus imunisasi sebanyak RM200 apabila kanak- kanak mencapai umur 2 tahun.
PENGECUALIAN
  • Sebarang rawatan atau pembedahan bagi keadaan sejak lahir termasuk keadaan yang disebabkan oleh keturunan.
  • Perbuatan secara sengaja seperti mengambil dadah, racun atau minuman keras yang memabukkan, bunuh diri atau percubaan membunuh diri waras atau kecederaan ke atas diri sendiri yang disengajakan semasa waras atau tidak.
  • AIDS, kompleks berkaitan AIDS atau jangkitan oleh HIV.
  • Penggunaan dadah yang tidak dipreskripsikan, di mana mengikut undang-undang dadah tersebut perlu dipreskripsikan oleh doktor.
  • Memilih untuk menamatkan kehamilan selain daripada atas sebab-sebab perubatan seperti yang dinasihatkan oleh Perunding Obstetrik dan Sakit Puan.
  • Sebarang rawatan kesuburan dan komplikasi yang mungkin timbul daripada rawatan tersebut.
  • Sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang, perbuatan jenayah atau perbuatan secara sengaja atau kegagalan untuk bertindak. Peperangan, rusuhan atau revolusi atau sebarang peristiwa seumpamanya atau mengambil bahagian dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.

No comments:

Post a Comment