Wednesday, 12 December 2012

Takaful Health: Medical Card, grace period, KO-Takaful dan Deduktibel



Kad Perubatan (Medical Card)
  1. Medical Card PruBSN Takaful atau Takaful Health adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan. Antara kelebihan Takaful Health adalah seperti berikut :
  • Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 80 tahun yang tinggi
  • Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
  • Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
  • Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).
  • Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
  • Penjagaan jururawat di rumah
  • Pembedahan balik hari (Day Surgery)
  • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
  • Rawatan Dialisis buah pinggang
  • Rawatan Kanser
  • Jaminan pembaharuan sehingga umur 80 tahun
  • Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
  • Faedah NCB : No Claim Bonus kepada sesiapa yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun itu. Bonus akan dikreditkan dalam akaun pelaburan pemegang polisi pada tahun berikutnya.
  • Anda boleh buat pilihan untuk mengenepikan had tahunan...terus claim ikut had seumur hidup, jika memilih annual limit waiver. Jadi, kalau ada claim yang besar2....tidak perlu risau mengenai lebihan bil disebabkan had tahunan yang terhad.
  • Sila lihat jadual dibawah untuk senarai manfaat Takaful Health (TH)


Penerangan mengenai NCB :
  • NCB atau No Claim Bonus adalah merupakan salah satu keistimewaan plan Medical Card Takaful Health.
  • NCB akan diberikan kepada client-client yang tidak membuat tuntutan/claim daripada manfaat medical card (Takaful Health) pada tahun semasa. Sebagai Contoh : Client mengambil plan TH 200. Pada tahun 2009, beliau tidak pernah membuat tuntutan langsung daripada manfaat medical card. Jadi, NCB sebanyak RM 300 (lihat jadual di atas)...akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client pada tahun 2010. Pada tahun 2010 pun client masih tak buat sebarang tuntutan, dan client akan mendapat RM 300 NCB (dikreditkan dalam akaun pelaburan client) pada tahun 2011.
  • Akan tetapi, sekiranya client ada membuat tuntutan pada tahun 2011, client tidak akan menerima sebarang bonus pada tahun berikutnya iaitu pada 2012. Kemudian, pada tahun 2012, client tidak membuat sebarang tuntutan, RM 300 akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client pada tahun 2013. dan begitulah seterusnya.
  • Plan yang amak unik dan istimewa. Medical card Takaful pertama yang menawarkan NCB di Malaysia. Dapatkan maklumat mengenainya sekarang.hubungi saya : 019-2853910 (Mardiyah)untuk mendapat maklumat lanjut.
Perhatian :

  • Manfaat Takaful Health (TH) ini tertakluk kepada syarat dan terma ko-takafuliaitu :
Ko-Takaful sebanyak 10% (minimum RM 300 dan maksimum RM 1,000) untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan (In Hospitalisation; Surgical), KECUALI untuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian tiada ko-takaful di kenakan. Maknanya, PruBSN akan membayar 100% kos bilik mengikut pelan yang diambil.
  • Ringkasan ko-takaful untuk in-hospitalisation(300>= ko-takaful :10% <=1000)
Contoh 1 : Jumlah Bil RM 2,000 : 10% Ko-Takaful = RM 200. Oleh kerana minimum Ko-Takaful RM 300, klien perlu bayar RM 300 kepada hospital, manakala PruBSN akan bayar selebih RM1,700.
Contoh 2 : Jumlah Bil RM 5,000 : 10% Ko-Takaful = RM 500. Klien perlu bayar ko-takaful RM500 kepada hospital, kerana nilainya antara 300 hingga 1000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 4,500.
Contoh 3 : Jumlah Bil RM 30,000 : 10% ko-Takaful = RM3,000. Klien hanya perlu membayar RM1,000 disebabkan had maksimum adalah RM1,000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 29,000.
Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk mengambil pelan yang komprehensif iaitu dengan memasukkan Manfaat Elaun Hospital (Hospital Benefit) dan Manfaat Elaun ICU & Bedah (Medical Cover). Manfaat ini akan membantu anda untuk menampung kos ko-takaful di atas. Untuk maklumat lanjut atau penerangan yang lebih jelas, anda boleh hubungi saya.
  • Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil yang dikenakan sahaja. Tidak tertakluk kepada had minimum dan had maksimum. Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke PruBSN. Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.
Apakah Pengecualiannya?

  • Pengecualian yang biasa ialah:
  • Kecederaan diri yang disengajakan.
  • Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
  • Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.
  • Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.
  • Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).
  • Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fi zikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.
  • AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.
  • Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.
  • Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.
  • Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.
  • Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.
  • Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.
Penyakit-penyakit tertentu berikut bagi 120 hari pertama perlindungan. Sila rujuk senarai penyakit spesifik seperti di bawah.

  • Hypertensi, Diabetes Melitus, Penyakit Kardiovaskular 
  • Semua jenis tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing atau sistem biliari.
  • Semua jenis penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
  • Hernia (angin pasang), Hemoroid (buasir), fistule, hidrocele dan varicocele
  • Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan
  • Gangguan spina vertebro (termasuk disk) dan penyakit lutut. 
  • Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sediawujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa membuat permohonan takaful.
  • Jika anda menerima rawatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari bagi setiap perjalanan.
(Sumber di atas diambil dari http://www.prubsninfo.com)

Takaful Health : Grace Period

Dalam banyak topik yang saya masukkan.. tak der langsung saya jelas mengenai grace period. Aper tue? Minyak grace ker? Bukan ... grace period dalam omputeh. Melayunyer Tempoh bertenang. Ramai client pikir dah dapat medikal kad terus dilindungi (termasuk aku yg memula beli insurans pun pikir macam tue jugak) \^o^/. hooore hoore!!! SALAH sebenarnyer. Kalau berlaku kemalangan baru dilindungi serta merta. Tempoh medikal kad PruBSN Takaful adalah 30,60,90 dan 120 hari dari tempoh polisi diluluskan. Kebanyakan agent insurans cumer ckap lepas 90 teruis boleh guna. Sebenarnyer depa kena cakap lagi 90 hatue aper yg dilindungi. yg 120 haru wat per? Yg 120 hari tue bermula nyer penyakit spesifik.

Details seperti ditunjukkan gambar dibawah.




Ko-Takaful

Ko-Takaful atau Ko-Insurans ialah perkongsian pembayaran untuk kos-kos hospital. Dari pelan PruBSN pelanggan akan menanggung sebahagian dari kos hospital yang dikenakan. Walau bagaimanapun ianya tertakluk pada jumlah 10% atau minimum RM300 dan maksimum RM1,000 sahaja.


Min RM300|10%| Max RM1000

Tahukah anda bahawa syarikat insurans/takaful di Malaysia yang ada perkhidmatan medical card mempunyai ko-takaful. Cuma cara bagaimana ko-takaful itu dikenakan ke atas pelanggan adalah berbeza-beza. Berhati-hati dengan penerangan dari ejen-ejen yang mengatakan bahawa medical card dari syarikat mereka tidak mempunyai ko-takaful.


Dan tahukah anda... bahawa Prudential lah syarikat insurans di Malaysia yang pertama menyediakan medical card yang BETUL-BETUL tidak mempunyai ko-insurans. Walau bagaimanapun disebabkan terlalu banyak berlaku penyalahgunaan medical card itu sendiri maka diadakan ko-insurans. Ini adalah pilihan syarat yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia. Untuk para pelanggan yang memohon plan Prudential diawal pelancaran medical card dulu, pelanggan tersebut tidak perlu membayar ko-insurans langsung!


Bayangkan sekiranya tidak ada ko-takaful... pelanggan itu boleh dengan sesuka hati pergi menginap di hospital... lebih-lebih lagi jika pelanggan tersebut kenal rapat dengan doktor. Pelanggan yang selalu buat macam ni adalah pelanggan dari luar kawasan. Mereka menginap di hospital seolah-olah menginap di hotel!


Okay... mari kita lihat bagaimana ko-takaful dari PruBSN dikenakan ke atas pelanggan...


Kes 1
Si A masuk wad 5 hari, kos hospital yang dikenakan RM 4,000.00. Si A perlu membayar dari kos hospital sebanyak 10% Ko-Takaful = RM400.00. Hospital Benefit untuk Si A sebanyak RM 200 X 5 hari = RM1,000.00 akan dibayar selepas 3 minggu Si A keluar dari hospital.

Kos Hospital = RM 4,000.00
Kos ko-Takaful = RM 400.00
Hospital benefits = RM 1,000.00

Nota : Untuk kes 1 di atas Si A tidak rugi malah masih untung lebihan yang ditolak dari Hospital Benefit iaitu sebanyak RM600.00


Kes 2
Si B masuk wad 10 hari, kos hospital yang dikenakan RM 20,000. Kalau ikut 10% dari RM 20,000.00 ialah RM 2,000.00 tetapi Si B hanya perlu membayar RM 1,000.00 sahaja sebab tertakluk pada kos maksimum RM 1,000.00. Hospital Benefit untuk Si B sebanyak RM 200 X 10 hari =RM 2,000.00 akan dibayar selepas 3 minggu Si B keluar dari hospital.

Kos Hospital = RM 20,000.00

Kos ko-Takaful = RM 200.00
Hospital benefits = RM 2,000.00

Nota : Untuk kes 2 juga Si B masih belum rugi, masih ada RM1,000.00 dari lebihan yang ditolak Hospital Benefit.

Bagaimanapun, jika client tersebut masuk wad dengan kos kurang dari RM3,000... jumlah minimum yang perlu dibayar adalah RM300.

Di PruBSN, walaupun anda dikenakan ko-takaful tetapi kami ada cara untuk menyelamatkan wang anda. Dengan rider Hospital Benefit, anda masih boleh buat untung, walaupun Pelan Takafulink sebenarnya bukan untuk buat untung. Pelan Takafulink adalah untuk melindungi kewangan anda dari kos-kos hospital yang semakin meningkat.


Oleh itu, jangan biarkan wang anda habis di hospital... biar kami yang tanggung kosnya!!!

Sekiranya Kes 1 dan Kes 2 di atas adalah kes kemalangan, Ko-Takaful tersebut boleh claim di bawah rider Accidental Medical Reimbursement ( AMR ). Ini bermakna sekiranya client tersebut kemalangan dan dimasukkan ke wad segala bil atau deposit yang telah dibayar kepada hospital boleh claim. Pastikan ejen anda memasukkan manfaat AMR ke dalam polisi anda...

Deduktibel
Ini ialah manfaat tambahan yang terbaru yang disediakan bersama medical card Takaful Health 2. Pelanggan mempunyai pilihan sama ada nak pilih Ko-Takaful atau Deduktibel.

Deduktibel mempunyai dua nilai pilihan.

1. RM 3,000.00
2. RM 10,000.00

Konsep deduktibel ni sama macam ko-takaful juga. Contohnya, kalau client masuk wad dengan kos RM5,000... jadi kos RM3,000 tu client perlu bayar. Maknanya Prudential akan bayar untuk kos RM2,000 sahaja. Kalau kos hospital sehingga RM10,000, RM20,000 atau sebagainya... client perlu membayar untuk kos RM3,000 yang pertama tu... yang selebihnya tu Prudential yang akan bayar.

Jadi, client ada DUA pilihan... sama ada nak pilih RM3,000 atau RM10,000... kalau client pilih RM10,000... maknanya untuk kos RM10,000 yang pertama tu client perlu bayar. Contohnya, kalau kos hospital RM20,000... client perlu bayar untuk nilai RM10,000 yang pertama tu.

Itu antara perbezaan antara Ko-Takaful dan Deduktibel. Perbezaan yang PALING ketara adalah dari segi caruman. Sekiranya client memilih manfaat Deduktibel dari plan Medical Cardnya... harganya sangat MURAH... kalau client pilih RM10,000 untuk plan Deduktibel... harganya lagi lah MURAH...

Kenapa Prudential ada plan yang macam ni? Ini untuk memberi lebih pilihan kepada client. Client yang macam mana pulak?

Plan Deduktibel memberi tumpuan pada client yang dah ada coverage dari company tempat kerjanya. Sebagai contoh, katakan seorang client tu kerja dengan satu company, company dia dah bagi coverage untuk kos-kos hospital sebanyak RM7,000... jadi sesuailah dia apply plan ni.

Ini maknanya kalau dia apply plan Deduktibel RM3,000... dia masuk wad dengan kos RM10,000... so jumlah tu dia boleh guna coverage yang company provide untuk bayar kos RM3,000 tu...

Kalau nak kurangkan lagi kos tu... apply manfaat Hospital Benefit... boleh pilih sehingga RM400 sehari... anda akan dapat duit poket tambahan lagi...


Jadi bagaimana pula bila client tu dah retired masa umur 55 tahun nanti?

Jangan risau, anda boleh attached bersama TH Retirement yang ada dalam plan Takaful Health2. Bila anda apply TH Retirement ni... semasa client tu retired masa umur 55 tahun... otomatik plan dia akan bertukar kepada Ko-Takaful.

Maknanya, kos yang kena bayar nanti akan jadi minimum RM300 atau 10% atau maksimum RM1,000 sama seperti penerangan ko-takaful di atas.

Sekarang, dengan medical card Takaful Health 2, anda mempunyai lebih pilihan!

No comments:

Post a Comment